Sunday, January 29, 2012

Tempat sejuk di Malaysia


oh hai hai hai.

tak terlambatkan untuk wish Gong Xi Fa Cai ?
cuti kali ni bercuti jauh sikit.

ce teka. ce teka.

Ipoh ?

pehhh. macam hollywood siot! ye saya jakun. saya tak pernah sampai Ipoh. TAK PERNAH. 

TAK lah !

 it's CAMERON HIGHLANDS!
huehue.


nak senang pegi cameron lalu simpang pulai. jalan pon okayy tapi jauh sikit la. tapi better la dari lalu tapah jalan macam roller coaster dan bakal mabuk mabuk. ni nak bercuti lah. takkan nak mabuk mabuk. kan?



ikut ja signboard. besar punyaa signboard. tak nampak lagi taktau la nak kata pa.


yaaa. satu benda aku suka p utara ni. pemandangan yang ahhhhhhhhhhhhh! 


journey begin. bak kata abang saya jalan naga. LOL.


bukan mendung, bukan edit. tapi ini lah ciptaan tuhan. ecececehh.


ni ciptaan manusia. terpaksa ikut jalan tak lurus kali ni. *sigh. ;D


Tu diaaa. Tu diaaa. sikit je lagi. :D


oh. memang sikit je jem tu. *sedapkan hati.


ok. rilek dulu. jem sikit je ni. tangkap tangkap gambar dulu.


hat ni dah takleh nak sabar. nampak? dah malam. jem masih panjang. pffft!


akhirnya sampai gak. punye lah jem teghok! ingat accident ka pa. rupanya kat brinchang tu kan malam minggu ade pasar. tu yang jem tuu. dapat gak check-in hotel, kalut kalut carik parking tu yang gambar, camera semua mana ntah tercampak. oh! yang penting booking hotel dulu. penting ye adik adik. sebab weekend/cuti umum hotel macam goreng pisang panas. tapi harga . . . kalah goreng pisang panas. mahai sungguh. 

dah check-in, park keta pusing 678kali, angkut barang naik hotel pastu ...


MAKAN!! 


restoran Naimah 1 Malaysia ni je yang tak penuh. kedai ikan bakar tomyam terbahek kat brinchang tu penuh sangat. takut makan malam jadi makan breakfast je kang. naya. ok la restoran ni. rege macam key ill,  nasik panas, tomyam tawar, nasi goreng ayam pelik dan waiter rupa macam YB. huehue. sumpah serupa. HAHA.


sambil tunggu makanan sampai pose dulu sedas dua. bajet macam sejuk benar. padahal rasa macam ekon dalam kete jerr.


sweater ejat super tebal. ye la. dye kan kurus. takde lemak nak menghangatkan badan.

gambar tengah makan takda. mahap. sebab semua macam super lapar. dah lah kedai tu macam asyik lupa je kami ade order makanan. yang best nya dekat brinchang ni sebab ada pasar malam. memang happening la. sebab tu kebanyakannya prefer duduk dekat brinchang daripada tanahrata. nak p pasar malam takyah dok poyo sangat pakai baju sejuk 3 4 5 6 7 8 lapis. tak sejuk pon. mulut pon tak berasap sebab ramai sangat orang. udara pon jadi biasa biasa je.


ramai nya. MasyaAllah!


yaaaa. itu yang kita carik. strawberi kering. aum aum! kena pandai carik. ada yang jual murah (sebab nak tutup kedai) dan ada yang jual mahal.


ubi madu. rebus ni. perhh! manis bak hang. manis macam aku. huehue.


bermacam jenis frigde magnet. ibu jer beli sebab beliau memang suka pepenuhkan peti ais beliau dengan menatang ni.


konon konon kalau dekat Cameron haruslah makan jambu ni.


strawberri coklat yang coklat nye cair. pffft!


Habis malam pertama dekat Cameron. balik makan jagung rebus yang super manis, super best, super sedap! orang kata, jagung atas bawak turun tak sedap. dan betul pon. ye. rebus kat rumah rasa nya lagi sedap jagung rebus beli kat pasar malam. tido berteman kan bunyik mercun berdas das. ye. salah waktu pergi. pergi time raya cina. harus la mercun berpapan papan deme bakor. nak pergi tengok bunga api pon takde sapa teman. last last tido tutup telinga je la.


pagi pagi. keluar pergi beli sarapan depan hotel. yang best nya cakap keluar asap. dah ala ala pegi luar negara je lagak nya. HAHA. buat buat hembus asap keluar hurup O ke kan. tapi nan hado. :O


hotel penginapan. satu malam MYR 210. lai lai lai.

kemas kemas barang. sarapan. ingat nak beli roti canai. punya kerek pakcik tu. aku nak sekeping pon dye kate takleh. cis. sabar sabar. lupakan. mari teruskan perjalanan.


wajib la pegi sini. borong teh pelbagai perisa.


jangan carik aku dalam gambar ni. 


nyamuk mana ntah hisap darah dekat pipi. poor me. ;(


ladang teh. view yang wajib amex kott. kan kan?


semorang sebok nak minum teh. kami? tak kose tau.


pelbagai jenis teh berperisa. wajib beli. kat sini mahal singgit jer pon.

ok. habes pegi Bharat Cameron Valley ni. ayuh ke tempat lain pulak. ni pergi bee farm. ejat kate kita p buzbee punya farm. ok layan.


selamat datang. *lebah berterbangan*


disambut juga dengan kolam berbentuk love.


salah musim datang. strawberi boleh petik bulan 3 dengan 4 je. ;(


p ladang lebah. harus la ade lebah ye tak.


Ejat: Rama rama. Rama rama.
Aku: ni lebah la. mana datang rama rama? -___-


bukan orang lebah. huehue.


ade jugak menjual pelbagai cenderamata. tu tuu. orang blakang tu tengah sebok pilih ler tu. posing tak menahan. :D


ejat pandai berlakon. Good good. *tepuk tepuk belakang ejat*.

oh! teringat troll abang ni kat pasar.

abang: dik dik madu dik.
Aku: taknak bang. saya tak rela bermadu. *senyum simpul*

HAHA. sadis.

ok. habes cerita dekat bee farm. p tempat lain pulak. bosan aih tengok lebah je.


ni yang bosan ni. ingat KL je jem. sini pon. hmmm.


ni dekat KASIMANIS.

ahli keluarga. ni dekat kasimanis. (baca part kasimanis tu geleng gelang kepala sket.) huehue.

ok. baru sedar. tak pernah nak ambil signboard tempat aku pergi kan? my bad my bad. *tunduk kepala.


pokok atas batu. rare kot!


aku syak kakak aku blakang tu try makan daun pokok tu. aku syak la.


sumpah geli. sapa kata comel? meh aku tampa. rupa dah macam kulat. geli siot!


ok. yang ni kalau kata comel. aku boleh terima. harga yang tak comel. huehue.


berbagai jenis pancake/wafel strawberi. yang penting ongkos nyaaa.


air strawberi pon ade. fresh ! air? lame gila kau ci. juice doh. juice.


tapi nak makan wafel/pancake, juice strawberi, nak tengok cactus kena daki benda alah ni. kalau kereta korang mampu naik, sila ucap Alhamdulillah kekuat, kalau tak larat, sila kuatkan kekuda anda. cerun siot!

habes jugak cerita pasal KASIMANIS. takde ape yang menarik pon sebab takleh petik strawberi sendiri. sobs sobs. tapi kena teruskan perjalanan. banyak lagi tempat boleh pegi.

aum aum! jangan tenung lelama. bute kang.

amboi. hakak hakak ni seronok bersantai dengan talipon dalam lemari kaca nampakkk. huehue.


harus pergi kalau korang suka mengimbau kenangan time kecik kecik dulu. benda ni nanti review entry lain. banyak sangat gambar nih. tungguuuu.......


tunggu ibu beli sayor. sayor segar kan. mak mana nak melepaskan peluang. ye tak?


HAHA. dorang pulak yang jem. HAHAHAHA. *seronok gelakkan orang.* rasakan. rasakan.


Ahli rombongan cik kiah nak balik dah.


teruskan melihat pemandangan yang ahhhhhhhhhhh...


Tolong jangan singgah makan kat sini. tak sedap ok. dah la tak sedap nasik goreng sejuk tahun bila ntah dye serve. dah la waiter tergedik gedik asyik lupa kami order pe. aku sound pastu tak beradab. dye taktau ke customer always right? cuba dye berada tempat kami. dah la lambat. nasi sejuk. puiii ! hishhh. emosi tau.


oh. hai KL yang tak jem. phew~


ALHAMDULLILLAH! 

habes gak entry ni. 
3 hari 3 malam bertapa dekat draft tu tak pos pos.


p slash s; musim strawberi masak ranum bulan 3 dan bulan 4 ye adek adek. disarankan nak pegi. pegi pada waktu tu. dapat la petik sendiri. InsyaAllah.

1 ratus ribu komen:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds