Friday, February 21, 2014

TRAVEL: Bandung - Paba - Last day


Last day di Bandung. Last day makna nya hari ketiga dah dekat Bandung ni. Kejap je kan? Nak up entry tu yang berkurun. Kakakaka. Hari last ni terus check out dari pagi sebab lepas ni nak ke Jakarta pulak.
Jadi nya pagi tu kemas kemas dan macam biasa tunggu supir ambik kitorang. Sempat jugak la minum kopi sedap tapi tak sempat nak makan makan sangat. Sebab cadang nya nak breakfast dekat luar. haa kauu dah ade breakfast free pon nak breakfast luar. Sungguh tak bersyukur. Bahahaha.

Macam biasa, pagi tu hujan. Masa kitorang pegi ni Indonesia tengah musim hujan dan guess what? Jakarta banjirrrr merata tempat. Dah lah petang tu nak ke Jakarta. Tapi. Takyah fikir dulu. Yang penting apa? Makan! hihi.

Hummingbird Cafe, Bandung

Sebelum pegi lagi dah google nak lepak tempat hipster. Sekarang kan tengah trend cafe cafe ni. Ahucks. Hummingbird ni dekat je dengan pop hotel. 15minit camtu. Kawasan dia ala ala kawasan perumahan elit. Cantekkkk cafe ni. Yelah kannnn mana ade cafe yang kau masuk kau tak woah sana woah sini ye dak. Semua nak jakun. Bahahaha.

Tu diaaa. Belanja satu gambar muka bangun tido. kakaka.

 Nutella cake 
(Nama sebenar aku taktau. Yang tau ni cake ada nutella.)

 Taktau nama jugak. My bad :( Tapi sedap dia MasyaAllah. Ahhh lapaaaaar.

 Ezy (datang dari counter sebab dia kata dia nak beli cake) : cici, aku ade suprise!
cici (masih dimeja. Kacau kopi panas): apa?
Ezy: Nanti kau tau lah. hehe.

*waitress datang hantar cake*

Ezy: Ombre cake blueberries!
Cici: Waaaaaaaaah! *emoticon mata love love*

Suka betul ada kawan kawan yang tau apa kegemaran kita. and I love suprise too! hikhik.
(Walaupun dia cakap tu je suprise dia. Tapi cake still dia punya. Dia nak makan. K.)



Sekejap je breakfast dekat hummingbird ni sebab nak kejar ke Pasar Baru pulak. Fyi, Indonesians called Pasar baru as Paba. Ah dorang ni. Semua tempat, semua nama nak di shortform kan. Sampai kadang dah malas nak tanya supir tu apa nama panjang satu satu tempat tu.

As for me, Pasar baru best. Kat sini lah borong telekung, kain ela, baju dan sebagainya. Aku borong telekung lah. Ada satu kedai tu ade jual telekung travel yang kecik2 yang warna warni tu. Murahhhhh. Lepas tu kalau kita baik sikit dengan dorang ni. Dorang akan mintak duit Malaysia. Bagi je lah sorang seringgit.



Ada satu level tu jual kainnnn je semua. Murah cantek. Nasib lah nak kawen lagi sepuluh tahun lagi. Kalau tak dah borong sesiap dah. hewhew. Takde gambar banyak sangat. Sebab memang datang untuk shopping. Jadi handphone letak mana? letak dalam poket lah. Aku sempat snap dekat level kain ela ni je. Sebab yelah, bukan jiwa ye dak. Lama lah jugak dalam Paba ni. Datang seawal pagi dan dorang akan approached kita dengan ayat "Buuuu belanjaaaa buuuu, Belanjaaaaa". "Harga pecah telurrr buuu, belanjaaaaa". Telur sape yang kena pecah ni? kakakakaka. Ah funny bila dengar firsttime.

Jap.

Tak ingat lepas paba kitorang pegi mana pulak. Ngaaaa. Urm. Lepas dekat paba kitorang singgah beli pisang cheesee. ah sedap nyaaa! takde gambar pulak. Tapi cakap je pisang cheese dia macam kerepek. Benda mesti beli la weh kalau pegi bandung. After semua tu, ezy janji dah dengan anak menakan dia nak jumpa. Anak menakan bakal doktor uolss belajar dekat bandung ape nama tah univeristi si qila tu. tak ingat pulak akak cici. Ahucks kakak kauuu.


Last sekali kitorang pegi Ciwalk. Bukan Cici walk eh. Tapi CiWalk. Taktau ciwalk stand for apa tapi tempat ni pon best. Dia macam ala ala shopping mall dalam taman. Macam alamanda tuuu tapi ciwalk ni lagi best. Hah. Gituuuu. Dekat ciwalk ni kitorang tumpang solat. Solat sesiap senang sebab nak terus ke jakarta pulak after ni. Pengalaman sangat rare betul kat Jakarta ni. Semua walaupun tak bertudung, pakaian rock kemain tapi still beratur ambik wudhu dan beratur ambik giliran telekung untuk solat. :')

Gambar pon nak taknak je ambik. Bahahaha.



Haaaaa. Ni lagi satu. Cup Corn Cheeseeeeeeeeeeeeeeee! Ni dekat ciwalk tu. Kena try weh. Sedap nyaaa. Cheesee dia jingkraiiiii. 
Dah. 
Taknak cerita banyak pasal jagung ni. Kang teringin nak carik camneee.

 Bandung jugak popular dengan kedai cake Kartika Sari. Kena pergi!


Habis dah hari Last dekat Bandung. Teruskan perjalanan ke Jakarta pulak. Dari Bandung kitorang bertolak lepas magrib. Cun cun lah tu sebab jalan dah tak jem nanti bila sampai Jakarta.

Sempat makan malam dekat Solaria lagi.

Bakso kosong kate nyeee. Boleh la labuuu janji makan.


Dah habis. Jumpa dekat entry Jakarta pulak after ni!


Bye.



1 ratus ribu komen:

Pakar Holiday adalah biro perjalanan wisata dan perencana wisata (tour planner) untuk perorangan, keluarga, kelompok kecil maupun kelompok besar yang menyediakan beragam paket wisata di Bandung, Pangandaran, Yogyakarta, Jakarta, Bogor dan beberapa tempat lain yang sedang kami kembangkan.

http://pakarholiday.com/

pakarholiday Bandung

2nd floor
Jalan Terusan Jakarta no 378 kav 49
Kota Bandung
Tlp +6288218357412 , Mobile +6281224413595
WhatsApp : +6287821738686
Email : infopakarholiday@gmail.com
Website : www.pakarholiday.com

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds