Sunday, October 21, 2012

5 Bulan 1 Minggu


Last update bulan tujuh hari tu. dah tiga bulan aku tak hadap laptop 6 tahun ni. dah tiga bulan jugak aku tak overnyte blogwalking sampai pagi. dan dah tiga minggu aku kerja straight setiap minggu.  
-______-
tak ingat sangat apa yang berlaku pada aku last three month. sebab yang aku ingat kerja isnin tetiba je dah jumaat. isnin je jumaat. sekejap sangat masa berlalu. cuma bulan lepas ada benda seronok yang jadi. dan benda tak seronok juga.

dah lima bulan 1 minggu aku kerja. macam macam benda jadi. betul kata trainer aku. 6 bulan pertama adalah bulan paling hazab. kau lepas. kau hebat. aku rasa tiga bulan pertama aku dah lepas. dengan jaya nya. kau bayang. minggu pertama kerja dah kena buat daily sendiri. akak yang incharge tu cuti. dia cuti rupa rupa nya pergi interview kerja. minggu kedua kerja aku tahu dia nak berhenti dah. dah dapat kerja lain. kau bayang apa aku rasa masa tu. nasib dia kena notis tiga bulan. padan muka dia. KAHKAH.

berlalu la dua bulan. masuk bulan ketiga. sebulan sebelum akak tu resign, masuk sorang staff baru. sekepala dengan aku. lepas dua minggu kerja nak resign jugakk. dia resign seminggu lepas akak tu resign. boleh bayang aku waktu dan ketika itu? tinggal aku dengan manager aku je masa tu. 100% semua job aku kena handle. dan akak tu pergi tanpa ajar aku benda penting. aku survive seminggu sendiri (dengan manager aku sekali sebenarnya. hihi.) dan Masuk staff baru.

*tarik nafas*

Staff baru yang tak membantu langsung. seminggu masuk tak reti buat apa. tapi mulut keep tanya "ada kerja tak?" "ada kerja tak yang nak saya buat?" aku bagi tutorial programming. "saya kalau latihan macam ni saya tak suka sangat, bagi lah kerja betul" <--lebih kurang macam ni lah dia cakap dengan aku. aku dah piss off. dulu aku masuk seminggu nak tanya kerja apa nak buat pon takut/segan terus continue repeat buat exercise tutorial tu kot. kau keep asking kerja kerja. aku bagi kau tak reti buat. pffft!

lepas dua minggu staff baru masuk, masuk lagi staff baru yang kedua. aku harap staff kedua bukan bala untuk aku. nasib. yang ni ajar sekali dah boleh buat. berdikari sikit. dah boleh tolong mana yang patut dan dah boleh ajar balik staff yang masuk dulu dari dia. kelakar. kitorang sampai tahap dah fedap nak hadap staff pertama tadi. bayangkan, seminggu masuk keep tanya password yang sama. password yang dia salin. asyik lupa tumb print masa balik. dah sebulan tak reti buat daily. aku dulu minggu kedua dah datang sorang sorang hari ahad buat daily. masuk bulan kedua masih kena guide padahal dah tebal tebal aku buat userguide. letihhh kakak dik nak hadap kau. satu ayat bangang dia aku ingat sampai sekarang
"awak dah khatam quran?"
"dah la. darjah enam. lama dah"
"patut la awak buat kerja laju je. cepat. saya lembab sikit sebab belum khatam quran" duhhhhhhhhhhhhhhhhh. apa masalah kau ni? kalau lah baru lepas putus cinta pon takkan boleh sampai banghal macam tu. cina india orang putih yang tak khatam alquran tu elok je tak lembab macam kau pon. teori tak boleh pakai langsung. kalau lembab jangan salahkan al-quran boleh tak? please.

setiap kali lunch dengan opismate mesti benda yang sama jugak kitorang bincang kan. bayangkan lah, staff yang takde kena mengena dengan department aku pon boleh rasa apa yang aku rasa, apa yang kitorang alami. satu benda aku menyirap bila dia asyik nak cuti. seronok nak cuti. tak kisah kalau unpaid leave. yelah. anak orang senang kannn. kalau macam tu takyah kerja. duduk rumah goyang kaki. kadang kadang aku tak paham kenapa orang yang macam 'tu' still nak kerja. duduk jelah rumah kalau mak bapak dah boleh tunaikan apa yang dorang nak. kan? aku pon takla susah mana. senang la jugak, sederhana. tapi tak pon rasa nak cutiii senalauu. lima bulan kerja. baru sehari aku MC. unpaid leave memang tak pernah la kan.

sebenarnya macam tak patut tulis dekat blog. tapi ni jelah tempat nak luah nak emosi emosi sebab setiap kali balik kerja mesti aku cerita yang best best je dekat family. sebab selain ada staff yang 'itu' aku ada opismate yang ohsem! yeay!

1. Buka Puasa bersama.



2. Lintas jalan bersama masa keluar lunch merangkap lunch sama sama.



***sambil lintas sambil buat gangnam lintas jalan style. #akutipujerr.***



3. Tangkap gambar sama sama dengan kuda. lol.




4. Dinner bersama.



5. Bowling bersama.




6. Lepak mamak bersama.

*****lepak mamak makan tosei planta.

L: kenapa mamak dipanggil mamak?
S: sebab dorang india muslim.
L: So, kalau cina muslim?
H: Mohd chan. (masa ni mamak sebelah restoren mohd chan jerr)
S: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA.

7. Gelak bersama.

H: I taktau la ni sayur apa.
KN: tu kerabu la H.
H: Kerabu tu bukan ikan ke?
S: -_____- tu KERAPU.
H: oh KeLapu, KeLabu.
F: Kelabu tu warna la H. Grey.
S: Kerapu kerabu kelabu.
H: kelapu kelabu kelabu.
S,F,KN: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

and list goes on. sampai bila aku taktahu. :D

kehidupan 'baru' sekarang penuh dengan orang orang yang macam ni. yang buat semua masalah aku hilang. sebab aku pernah cakap dengan dorang. "semua orang ada masalah. I pon ada masalah" "you ada masalah meh?" "-______-"

K. Fine.

*********************************************************************************
Dear bestfriend,

aku harap kau tabah sabar. semua ni dugaan. remember things happen for a reason. aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa. speechless. cuma i am sorry je aku boleh cakap masa tu.  :'(
sampai sekarang. aku tak tahu nak cakap apa. nak buat apa. nak nasihat apa. nak cakap sabar? common sense sangat. nak cakap tabah? mana ada orang yang tabah sangat bila kehilangan orang yang disayang. sebab aku tak pernah rasa sakit yang macam tu. pernah lah rasa sakit, tapi mungkin tak sesakit apa yang kau rasa. aku boleh move on cepat mungkin sebab aku tak pernah rasa benda best best masa bercinta. tak pernah diberi hadiah, tak pernah diberi bunga, tak pernah diambil berjemput dekat kolej, tak pernah dating hari hari. jadi nak move on tu macam senang je/nampak senang. lagi satu sebab mungkin aku ni kan selalu hilang ingatan. HAHA. aku cakap macam tu bukan nak bagi kau lagi sedih. sekurang kurang nya kau pernah rasa benda benda tu semua. tak la loser sangat dari aku atau dari orang lain yang tak pernah bercinta. kan? yang penting hidup perlu diteruskan. Sedih sehari takpe. jangan Sedih selama nya. Sendiri je rugi. Lagi satu sebab . . .


sebab mungkin dia bukan lelaki sebenar/tulen/asli/sejati/sempurna ahh kau google translate lah sendiri. hihi.

*********************************************************************************

p slash s; single pon happy apa. sampai rasa taknak kahwen. lawak jerrrr.


1 ratus ribu komen:

Titanium Tent stove by TOTO | TOTO
This stove is made with some TOTO urban titanium metallic materials. Titanium Tabletop is titanium mountain bikes made trex titanium headphones in USA. We use the TOTO, Titanium Spicy titanium hammer Habanero titanium helix earrings pepper with a bit of heat.

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds