Saturday, March 23, 2013

BANGKOK - Day 1 - MBK & Yana Restaurant.



Nak tulis pa ntah sebagai pembuka kata. Dah 3 minggu baru nak update. Lemss gila kau ci. Kakakaka.

k. teruskan teruskan.


Bangkok ni is unplanned trip sebenarnya. Semua macam tetiba. Dari booked tiket ke membuat passport ke hotel ke macam macam lah. Penuh pancaroba. tapi kalau itu dah ditentukan takdir nak buat macam mana? 7 hari lepak sana. wiuwiuwiu.

Masa nak booked tiket dah terlambat. Sebab aku dengan ida takde passport lagi. Dah la hari bincang nak booked tiket tu hari Jumaat Malam. derrr. Kucar kacir esok nya pegi PKNS seawal pagi nak buat passport. Malangnya terlepas nombor giliran. Punya lah merayu dengan abang kaunter. akhir nya lepas. Ni dugaan pertama ni. pastu masa nak booked tiket waktu dah lepas. yes. patutnya booked tiket untuk online booking waktu malam je. -____-

Jadi ceritanya masa tu, Passport dah ade. Tapi tiket terlepas. you get it? Urmmmm. Tapi dah takdir. we still manage tiket jugak ke sana. wohooo! Tiket booked bulan 11 last year if am not mistaken :P then kitorang fly akhir bulan Feb until awal bulan March. Ingat nak celebrate birthday kat sana tapi in advance sangat la pulak. Ahiiiii.


Berlepas dari LCCT dan mendarat di Don Mueng, Bangkok. Don Mueng ni macam LCCT Malaysia la rasanya sebab ada lagi satu Suvarnabumi. Tapi yang tu macam KLIA kut.

 Dari kiri: kawan sejak darjah dua, kawan sejak darjah satu dan jiran selang tiga rumah. Maknanya kami dah berkawan almost 17years and still counting. :)

Semua Bagpackers No beg beg tarik segala. Memang tu pon tema percutian kali ini.

IT'S SO FLUFFY I'M GONNA DIE !!

Bersedia dengan pen masing masing. Sebab before touchdown akan ada borang untuk dilengkapkan.

Dah selamat mendarat. Terus menuju Information kaunter tapi sumpah tak membantu langsung. Kami just nak Peta Bangkok tapi makcik ni tak membantu langsung. Lagi nak rabakkan poket ada lah nak suruh kami naik teksi pegi hostel. Pehhhh.

Kesudahannya kami jalan keluar dan nampak bas. Bas serupa macam bas dekat Melaka tu. Yang takde aircond tu. Kurrr. Yang penting tambang bas ke Mo Chit (Bts untuk ke hostel) just 80sen je (8Baht) seorang (Jimat berpuluh ringgit dari teksi yang makcik atas syorkan. phew~). Or boleh try naik teksi. cuma kami memula datang takut sikit nak naik teksi sebab takut kena tipu. Firsttimee la katekan. Naik bas smooth gila. takda traffic light/Jammed sebab mungkin orang Bangkok tak balik kerja lagi. It's around pukul 4:30PM waktu Bangkok. Masa ni Malaysia pukul 5:30PM. jadi jimat 1jam disiteww.

Turun dari bas je tepi tepi jalan penuh jualan. tengok tu anak Pakcik Usin tak tentu arah dah. Kakakakaka.

 Pehh boots camtu harga 450baht (45Ringgit) je? Boleh mintak tawar lagi ni. T_T Nangis tengok.

Shawl dia 50-100baht (5-10Ringgit) hokaaaaaaaaaaaaay! Tapi kat sini just cuci mata je. Sebab rasa kami akan datang balik sini. Tapi tak pun. Kalau lalu pon dapat tengok dari dalam teksi je. Tsk Tsk.


Hentian Mo Chit. Jangan tersalah. Mo Chit ni BTS Skytrain macam LRT la kat Malaysia. Ada lagi satu Chatuchak Park, ni MRT. Kami nyaris tersilap. Nasib sempat kembali ke pangkal jalan. Dari Mo Chit akan berhenti di Spawn Kwai. Nak beli tiket semua senang. Make sure ada duit tukar tapi kalau takde pon memang ada kaunter just untuk tukar duit. Jangan jarap nak beli tiket kat kaunter dorang hanya terima untuk tukar duit je. Dari Mo Chit ke Spawn Kwai dalam 30baht (3Ringgit) rasa nya *maaflah memori aku loww gila. -___-

 Float Mekdi dia ada Pearl. Ngaaaaaaaaaaaa!


Bangkok ni walaupun perkataan dia kita takkan paham tapi Signboard dia banyak membantu. Kebanyakan Signboard ada je tulisan Rumi. Turun dekat Spawn Kwai (maaf takda gambar. gelabah sebab baru sampai nak carik hostel. ngee.). Maka bermula lah 20minit yang panjang. Menapak nak carik hostel. Kami tak tahu langsung dekat mana. cuma tahu hostel tu boleh sampai dengan hanya berjalan kaki. derrr.


Sepanjang jalan ada peniaga jalanan. kejap kejap berhenti tanya orang. walaupun dorang bukan tahu pon bahasa english. Oh My English! -_____- Jumpa durian besaqq tapi takda bau. Apakah? Gambar last tu lah jalan nak ke hostel kami. jalan kecik. kereta pon takleh nak selisih you know.


Sampai jugak. Legaaaa gila dapat duduk dan wifi laju. kekekeke. Udee ni memang dalam senarai Top List Hostel la. Semua ada. dia macam rumah tumpangan (yang owhsem!). Unfortunately, kami datang tanpa booking. jadi semua female dorm dah penuh. Yelah, kan nak bagpackers (mata keatass, tangan dibahu) jadi pilih dorm, tapi full. takpe takpe. ada bilik for two. kami berempat jadi ambil dua bilik. 1 malam dalam 350baht (35Ringgit) per room. Dan terus booking untuk hari hari yang seterusnya untuk female dorm. Female dorm dalam 220-230baht (22-23Ringgit) gitu. Anggaran je lah ye. Amount sebenar dah lupe. Hew.





Bilik dan toilet. Kalau berniat bagpackers jadi jangan susahkan diri nak bawa tuala, bantal, selimut dan toiletries segala. Hostel ni memang khas untuk bagpackers. jadi semuaaaa ada. tapi berus gigi dengan ubat gigi dengan pencuci muka bawak aa. kalau tak kena beli. Hihuuuu. Lepak kejap, solat dan keluar balik nak isi perut. Itinerary kami hari 1st ialah Hostel dan MBK. tu jer. sebab tahu takkan terkejar semua. rilek rilek je. ada 6 hari lagi.

Sebenarnya dah tak ingat macam mana boleh sampai MBK ni. Kakakakaka. Jap aku ingat balik. Urmmm. oh, kitorang menapak lagi dari hostel ke jalan besar. pastu tahan bas (Taknak gak tu naik teksi. degil benar. kakakaka.) tak ingat berapa tambang yang kitorang tau kitorang nak pegi BTS spawn kwai balik. sebab dari spawn kwai nak ambil BTS ke Siam Center. Dari dalam bas seingat aku Ida ada tanya seorang budak sekolah thailand ni. Santek sangat. Tak pandai cakap english tapi sedaya upaya nak bagitau kitorang camne nak pergi MBK tu. Onyonyonyonyo.

Orang thailand kalau korang cakap nak pegi MBK dorang tak tahu. Jadi kena panggil (Jap aku google. Kakakakakaka.) "MBK Center, also known as Mahboonkrong, is a large shopping mall in Bangkok, Thailand. At eight stories high, the center contains around 2,000 shops, restaurants and service outlets, including the 4-story Tokyu department store." Jadi kena bagitau nak pegi MahboonKrong. Tapi dari Siam tu turun Eskelator je ada Street market. Pehhh terujaaa gila. semua murah murah. Macam baju online harga 50-60Ringgit tu boleh dapat 20-25Ringgit je. Kami cuci mata je. Sebab dah laparrrr ya amat.

Orang kata kalau dah sampai Bangkok tak sah kalau tak try Restoran Yana. Popular sungguhlah kalau buat carian ke google. Tapi memang patut pergi pon. Sedap gilaaaaaa Tomyam dia. Haih. Nakk lagi tapi jauh. T_T

Yana ni Tingkat yang ada foodcourt tu. Dia kat tepi eskaletor je. Masa jumpa restoran Yana ni teruja gila kitorang. Dah la lapar, nampak makanan Halal pulakkk. Order yang penting je, sebab harga dia boleh tahan gaklah. Macam Tomyam (Harus order!), daging masak ape ntah dengan kerabu mangga. Shezzlah kan diet jadi order Padthai. Portion dia banyak gila. Nangis nak habis kan Padthai dia yang tidak kena ke tekak daku. wuwuuuwuuu. Yang pentingggg wifi diaaa lajuuuu. Hewwwhewww.

Masa ni bagi kitorang taklah lewat mana. Tapi 9:30PM restoran Yana ni nak tutup dah. Kedai dalam MBK pon banyak tutup dah. Jadi kami menapak je lah balik. Lalu lagi Street market dapat lah baju dua tiga helai dengan apetah lagi haku tak hengat. Naik BTS balik spawn kwai. Lepas tu sampai Spawn Kwai gatal nak rasa naik Tuk Tuk. Hah ambik kau. 10minit tak sampai kena 100baht (10Ringgit). padahal salah tempat kot pakcik tu benti. sobssss gilaaa. Tu lah last kitorang naik Tuk Tuk. Tapi Fun gila! Naik 4 orang macam sardin pastu dekat traffic light dia matikan enjin terus teringat pakcik bas kuning segamat. Haha.


Sampai Hostel. Salin baju. Online. Tidurr. Berakhir dah hari First kami. hoiii legaaa gila. Penat menaip dari tadi ni. -______-


Tips:
1. Udee is the best Hostel for bagpackers. Ade laundry, iron (They called Ai Ron. HAHA.), free breakfast, TV, Exchange books, Komputer with internet, wifi super lajuu setiap level, dan Environment cantek yaa amat.
2. Tak perlu beli simcard. sebab tak perlu. Kami jalan as a group. Tunggu satu sama lain.
3. Bawak photostat map hostel yang ada tulisan thailand. kalau nak pergi mana mana boleh jer mintak tolong receptionist tuliskan. Like what we ask abah do for us. Wee~
4. Tenang, tenang dan tenang kalau jumpa anjing. Kurrr.


Jumpa Next entry! InsyaAllah (tak tahu bila. Kakakakaka.)





1 ratus ribu komen:

best!

Update lagi. Cepat!!

aku nk tgk yg pegi wax museum tu.

:P

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds