Friday, April 5, 2013

BANGKOK - Day 2 - Grand Palace & Forensic Museum.


*Tarik napasssss*



Pehh gigih aku menaip lepas balik keje. Kalau tak kerana korang Silent reader aku. Tahun depan tak tentu ni aku up entry ni. Kakakaka.

Dah sedia nak ikut plan hari kedua?
Ikut Itinerary yang dibuat dan dipotostat 4 oleh setiausaha tak berbayar kami (you know who you are! HAHA) harus nya kami ke Grand Palace, Forensik Muzium Siriraj Hospital dan Khao San Road. Patut nya bangun awal ni. Sebab Grand Palace kalau pegi dah tengahhari habis aa. Rentung! Tapi tau je lah kan. Aircond atas kepala, selimut tebal hangak, bantal walaupun 1 je tapi gebu gilaa. Sah sah ah terlajak bangun. kikikikiki.

Lambat lambat pon sempat gak breakfast. 7 hari menetap berkampung kat Udee ni tak pernah miss breakfast dia. Walaupun sekadar roti sapu mentega dan jem (menu breakfast hari hari ibu bekalkan pegi opis), bijirin susu dan coffee kosong panas tetapppp jugak tempe dan ikan bilis di hati (please spot the tempe by your own! pssst, Mat saleh belakang tu belanja kewww? HAHA.).

Dan hari ni jugak abah ambik potret kami. sampai sekarang kamilah gambar last dekat facebook page udee. (klik untuk ke page facebook udee) . kejap. Tepek satu. Satuuu je. Tu jelaa satu satu gambar abah letak dekat facebook dia (Abah is nama manja untuk owner udee. wiuwiuwiu.)

Baru aku perasan semua muka awkward gila. lagi lagi Shezzlah. Wkwkwkwkwkwk.

Nak tengok gambar Abah? Stay Tune! gamak nya sampai tahun depan lah korang baru dapat tengok "Abah". HAHA. Entry yang ni pon tak start start lagi cerita pasal Grand Palace. Membebel kuat la cici ni. Kakakaka.

Lepas Breakfast je terus zasss jalan kaki menapak pergi lorong depan. Tahan Bas Pergi Balik ke BTS Spawn Kwai. Dari Spawn Kwai untuk ke Grand Palace harus berhenti di Saphan Taksin Station (or S6 Station).

"Take the Silom Line and get off at the Saphan Taksin Station (or S6 Station) and go out through exit No. 2. Then, take the Chao Phraya Express Boat to Ta Chang Pier (No.9), A 5-10 minutes walk will bring you to the entrance gate of the Grand Palace." -- Baru jumpa Itinerary dalam beg Bangkok. -_____-

Iterary kami sangat membantu. Adalah tak ikut sikit sikit. Tapi peduli la kan. Baru adventure! Hah kau dah diam jangan membebel teruskan cerita.





Happy Aida in a Boat!

Sampai je Saphan Taksin, Turun BTS dan jalan sampai jumpa Chao Phraya Express Boat Service. Harga 40Baht (4 Ringgit Sehala). Kami macam taknak naik Boat mahal 4 Ringgit sebab ada baca satu blog ni dia naik boat harga murah. Sen sen je rasa nya. Mahapkan saya. Saya lupa daratan eh salah lupa ingatan. T_T

Tapi sebab semua orang macam menderu deru membeli. Takde pilihan lain maka kami beli juga Tiket 4Ringgit. Derr 4 ringgit jer kot. -___- Boat besaaqqq gila. Panjang gilaaaa. Naik Boat ni macam naik Boat dekat Melaka tu la. Siapa pernah naik dia tahu lah. Tapi ni lagi extreme dan tak paham orang tu cakap apa. Jadi. Marilah kita menyusuri sungai di Bangkok ini. Haku tak tau nama apa. Chao Phraya maybe? urm.


Keadaan dalam Boat. Kucaq Kaciaq. Siap ada orang check tiket kut. Kurrrr.













Dia banyak gila perhentian. Kau akan tercangak cangak dan kena ALERT!. Dengar Ta Chang maka turun lah. Situ checkpoint ke Grand Palace lah. Tapi macam harapan lah kan turun turun boat kau nak nampak Grand Palace. Kirim salam. Kena menapak hokeyy 5-10 minit untuk sampai depan gate Grand Palace tu.


Yang aku perasan bangkok ni. Setiap tepi jalan mesti ada orang menjual. tak kisah lah jual apa. Asalkan duduk situ. Jual. Jadi 5-10 minit perjalanan takkan terasa. Kau rambang mata lagi ada. Elok elok kau berjalan 5-10 jadi 5-30,40,50,60 minit. Phew~


Sampai sampai ada Minah indon mana ntah suruh kitorang tangkap gambar dia. KAHKAHKAH. Shezz kena pakai kain sebab dia pakai tight. Grand Palace ni tempat suci orang Buddha.So, no skirt, short pants and tight. Kena sewa aku rasa. Berapa bath aku tak sure.


Cici macam Google gambar je? Kakakakaka. Derrr. Honestly, kami memang tak masuk pon dalam Grand Palace. Panassss. Ok Panas tu alasan je. Sebab nak masuk per entry 500baht(50 Ringgit Malaysia). Kami kan travel bajet. 50 Ringgit terlalu besar untuk dibazir kan untuk dibayar untuk melihat bangunan bangunan emas ini. Sakan tangkap gambar dari luar je la. InsyaAllah kalau ada duit lebih. Terkaya ke tetiba. Mungkin masuk sini lagi. Siapa tahu kan? Ahaks.


Habiskan masa dengan membeli postcard (anyone nak postcard? ada lagi 2. tak tahu nak kirim pada siapa. wuuuuu.), dan tak sangka dekat sini ada Thailand's best fruity icecream. Banyaaaaaak flavour. Tapi Mangga adalah must kot dekat Thailand. 1 Batang icecream 20baht(2 Ringgit) dan berbaloi. Ahhhhh sedapp!



Tak lama pon dekat sini. adalah 2 jam. Derrrr. Tak masuk pon 2 jam ngkoo. Dasar betul. HAHAHA. Lepas ni menapak balik ke tempat turun boat tadi. Sambung untuk ke Siriraj Hospital untuk ke Forensic Museum!



Nak ke Sirirraj Hospital kena cross (rentas?) sungai. Dalam 30sen kut. Agak agak je lah yer. Ahiiii. Boat dia selesa sebab rasa nya itu lah pengangkutan sehari harian dorang dan ramai pelajar pelajar nursing okayy. Nampak Faculty of Nursing tu? Sebelah tu Siriraj. Forensic Museum memang dalam senarai harus pergi lah. Sebab dekat Bangkok je ada museum ni. Nak tahu museum pasal apa? kejap. Google. Kakakakaka.

Ok. Sini. Aku malas nak kopipes. HAHA. Nak letak kat blog pon I is takuit. Kurrrr. Patut masuk berbayar. Tapi orang museum tu bagi kitorang masuk free. Free pon kami tak happy. Creepy gila kot. Kami berempat, tapi Ezy taknak join. Makanya aku, shezz dan ieda. Nasib terserempak dua Mat Saleh dalam tu. Semua bayi dan organ tu diawet okayy. Kiranya badan manusia (yang dah mati. obviously. derr) di awet. Shezz bawak kamera, tapi takut nak snap gambar sebab memang dilarang pon. Lagi Ngeri jumpa satu bekas besar berisi bayi besar (aku rasa Real punya bayi diawet) dan depan bekas tu ada bunga, permainan dan gula gula. Meremang gilaaa tapi kitorang cool. Aku taip sekarang pon aku dah meremang. Derrrrr. Kecik je museum nya. Tapi Scary dan Creepy. Lagi lagi bila keluar dari bilik tu nak jengah bilik depan rupa rupanya Bilik Mayat. Berlari kitorang turun tangga. KAHKAHKAH. (Gelak dalam tangisan. T_T)

Dekat bawah ada lagi satu museum. Historical museum if I not mistaken kalau mistaken sorry la yerr. Aherherher. Yang ni pon macam tak la scary kononnya. Historical je kannnnnn. Pastu, Lagi sekali lalu bilik mayat yang Fresh gila mayat nya. Aku nampak bunga je. Aku tak nampak mayat. Nasib baik. Fuhhhh. Tak ambil gambar pon sebab ada makcik tu tak bagi. Dia duduk sorang kot kat situ. Kental! Jumpa Tahi Bintang jugak dekat sini. :D




Habis pasal Siriraj and the creepy things. Awuuuu. Dekat sini jugak lepas turun boat ada satu kedai kopi. Bau kopi dia sedap wa cakap sama lu. Rasa tak lebih tak kurang macam Starbuck. Kopi Bangkok Power!


Habis minum kopi sedap. Decide nak balik. Sebab dah petang. dalam pukul 4 waktu Bangkok (pukul 5 waktu Malaysia). Sebab nak kejarkan dorm yang kami dah siap siap book semalamnya. Maka, tunggu lah balik boat tadi. Untuk ke Stesen Saphan Taksin. Yang ni tak naik boat mahal dah. Naik boat murah. wuuuu. Extreme gila! Jenis yang berhimpit himpit himpit himpitttttt pastu takde penghadang. Bebila je boleh jatuh sungai. -_____- Patut lah murah. Gambar pon tak sempat ambil dia punya extreme tu. Hah. Korang bayang lah sendiri.


Sampai Hostel. Lepak dan Rehat kejap. Malam nak pergi Khao San Road. Khao Sand Road ni macam tempat hipster lah macam tu. Dekat sinilah kau boleh Menikah/bernikah(ehem), buat sijil palsu dan bertatto. Banyak anjing jugak. Wuuuuu. Dinner? Jangan risau, ada je makanan Halal. Kebab dia Halal dan sepanjang jalan ada. Dan ingat, KFC dia Halal. :)


Khao Sand road pon best untuk Shopping. Baju dan seluar Murah murah. Cuma, siapa pakai iPhone. Sabar. Nanti ada tempat Casing lagiiiii murah dari sini. Till Then!

Laparrrr. Good Night! 



 *Acah acah lah macam aku update Live dari Bangkok. Aherherher.


2 ratus ribu komen:

aku da baca aritu.laju2.ni baca lagi skali.kurang passionate dari yg first part.hmmm.i wonder why?hahaha.tp great tips.kalau igt bnd2 penting lg bagus.echewah!!

semoga part 3 lebih atau sama passionate dgn yg first part.

USS on! haha!! <-- reminder so you guys won't forget. :)

sonoknye cinci g travel smp thailand dah... =))

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds