Friday, June 7, 2013

BANGKOK - Day 3 - Shopping Mall !


Dah tiga bulan berlalu. DAN baru nak update tentang hari ketiga di Bangkok. kikikikikiki.
Busy sangat lately. Busy kerja, hal peribadi dan dengan tetiap minggu lah kenduri kawen kena attend.

terus straight to the point blehhhhh? ke rindu nak aku membebel dulu ni? ahaks.

Hari ketiga ialah Hari Jumaat. Kejap. Ingat balik apa aku buat hari tu. KAKAKAKAKA. Lupa lah gila. haih. Urm. Macam biasa kot? Mandi, Breakfast dekat Ruang bawah tu. Lepas tu shoot keluar.

Tentatif hari Ketiga pegi SHOPPING MALL!! Banyak shopping mall dekat Bangkok ni. Semua gila. Takyah sale memang dah murah gilaaaaa! Dalam list mesti pegi ialah PRATUNAM WHOLESALE, THE PLATINUM dengan PRATUNAM MARKET (kot? yang ni tak ingat. Tapi dekat sini lah banyak barang murah. baju I Love Bangkok bersepah sepah dengan T-Shirt HardRock Bangkok. Eh macam macam lah. Kain batik ada, eh macam macam. Macam macam tu kau bayang semua benda yang korang nak bayang. Hah gitu.)

Pegi Tiga tempat ni je. Tapi cukup lah satu hari tu tak puas rasa nya. Jangan expect banyak gambar entry kali ni sebab kami semua sibuk shopping. Tak dan nak on Camera langsung. Wuuu.


 Nampak? Pandai dah naik Teksi. cecececececehh.  Sebab bila fikir balik TAK berbaloi naik Skytrain(BTS) sebab sorang dah 30baht, kalau 4 orang dah 120baht. Naik teksi baru 90baht. Kan jimat disitu. Lagi pulak naik teksi hantar sampai tempat yang dituju. Takde lagi tercangak cangak nak cari tempat. Tapi ade je Teksi yang menipu. Tapi Alhamdulillah. Kebanyakan teksi yang kitorang naik semua okayyy. Ada la sekali tu kena tipu. Urm. Lepas tu, siap ade yang kenal Malaysia sebab Petronas. Bangga kejap. :')

Tapi ni pon macam sesat jugak memula. Tapi takpe. Sesat yang berguna. Sebab semua macam nak pergi Hard Rock Bangkok lepas tu teksi tu salah stopkan kitorang dan Tadaaaaaa Hard Rock sebelah bangunan sana. Nampak sipi sipi je. Tapi takpe, boleh jalan kaki. Takde hal. gambar lupa nak capture. My bad. ;(



Nak beli coolblog je padahal acah acah macam ade Paparazi pulak. Puiiiiih. HAHAHAHA. Bangkok banyak gila kedai coolblog macam ni. Bersepah sepah. Pilih je mana nak. Tapi yang ni. Kami takleh pilih. Sebab ni je yang bukak. Pelik betul orang kat Bangkok ni Niaga lambat nauuu ke. Ke kitorang yang keluar awal sangat. Konpiuss kejap. Sedap sangat. Lain sangat rasa dengan CoolBlog kat malaysia ni. Jangan tanya aku beli perisa apa. aku dah LUPA! Kakakaka.





Disebabkan gambar sikit je. Aku up semua gambar. Malas nak pilih pilih. Hah korang tatappppp la pepuas. Kikikikiki. Ikut gambar aku beli Perisa Apple (kut?). Aku kan peminat Apple tegar. Ke beli sebab nak sama tema dengan warna baju eh? okayyy tak ingat. Diam lah kau cici.






Street Art! Dah la ade coolblog dekat tangan, sambil hirup sambil cuci mata tengok Street Art dorang ni. Grafiti ke hape nama nya eh. Urm. Teruja! Dekat Mata Freemason tu ade Talipon awam tau. Dummy je. Tapi hantek hangattt. Tak sangka dalam sesat dapat jumpa benda deep macam ni. ;') (Tak jumpa gambar Cislah dengan Eji. Ke aku tak ambik? Urm.)


Teruk sangat kitorang sesat. Sampai jumpa ni. Tak teruja pon dan tak la pulak rasa nak tangkap gambar depan ni. Sebab we are Malaysian and we proud. Satuuuuuu Malaysia (Tunjuk jari Telunjuk). Carik jugak Malaysia Embassy. Mana tau boleh tumpang makan lunch dengan tidor satu malam ke kannnnn. Nan adooo. Sebab tanya pakcik Teksi tu embassy dekat bangkok ni tak sekali. Merata rata dorang letak. Terkilan dekat situ. Tapi takpe. Teruskan jalan. Kita kan nak SHOPPING!! Sesat ni sampai giveup nak jalan. Nasib ade map. Korang kena siap map siap siap. Takyah susah map skang bleh Google je. Memacam la keluar.

Nah. Dah macam Map nak pegi kenduri kawen je. Mana tak sesat. Kakakaka. Teksi tu stopkan kitorang dekat Siam Paragon tu (if am not mistaken. Wuuu.). BAYANGKAN kitorang jalan kaki nak pegi ke Platinum Fashion Mall tu. Dekat map kau nampak la 2 jengkal je. Nak berjalan sampai bergaduh la rasa nya dia punya jauh nya. T_T

Tapi The Regulars kan Katang, Power dan Segalanya! We manage sampai sana dan tak sempat basah ketiak pon. wohoo! dah sampai lupa teruih nak tangkap gambar. Yelah dah kau nampak baju je. Sana Sini. Sini Sana. BAJU BAJU DRESS BAJU BAJU SELUAR MEKAP SELUAR BAJU MANDI BAJU KERJA BAJU BAJU BAJU BAJU DRESS BAJU TIDUR BAJU BAJU BAJU. *pitam kejap.

Kitorang pegi Platinum dulu. Makan dekat sana. Lepas tu pegi Pratunam Center last sekali Pratunam Market. Pastu pengsan. Wuuuu.

Platinum best. Banyak baju yang mcam dorang jual online tu. Berpinar jap aa mata. Sedia la kau Ribu Ribu Bath je. Beli wholesale. Beli lebih dari dua dapat harga wholesale dan harga wholesale dia tak masuk akal. Nangis kejappppp dekat situ punyalah tak percaya. *ok tipu. aku buat ayat sedap je. Harga murah lah dari Malaysia. Tu je. Hihi.

Pratunam Center ni dalam Mall. banyak jugak baju. baju kerja borong 3 Helai 50rm je weh. Nangis tak nangis lah kan. Tapi sama je dengan Platinum. Semua tentang Pakaian untuk jualan Borong. (Eleh sama konoooooon. Padahal tak ingat. Boo cici booo! HAHA.)

Pratunam Market dia tepi kaki lima. Macam jalan tar. tapi dia tutup dengan kanvas. So walaupun panas Matahari tak kena kulit la jangan risau. Cuma bahang sikit kut. Dekat sini syurga baju I Love Bangkok dengan Hard Rock (Siapa tak mampu nak beli ori punya sini banyak ciplak. Takde hal.). Sini lah tempat kitorang Borong habis lah dengan makcik pakai blusher dengan lipstick over main hentam je cakap melayu dengan dia padahal dia cakap thai. KAKAKAKA. Makcik u so fani. We miss u like a looooot! Kurrrr.

Oh! baru teringat accessories pon banyaaaaaaak Casing iPhone pon banyaaaaaaak. Baju babyyyy ngaaaa comey angaaaat. Ok. tu je yang aku ingat. Kikikiki.

Makan KFC sebab rasa foodcourt dia macam was was padahal ade je kedai booth makanan halal. Tapi was was kannnn. KFC dia halal. Don't worry. Keep calm dan makaaaaaaaaan! Sumpah lapar gila. Sebab tu la nak taknak order nasi. Punah diet aku lagi. (Lagi? Macam lah pernah start diet. *mata keatas.)

Ni je sempat snap. :') Dekat Pratunam kot ke Platinum. Urm. Tak ingat. Yang aku ingat aku duduk depan kedai hadap sependa oren tu. Ni pun sebab dah tak larat nak jalan hadap sale sini sana. Sebab dorang kat sini tetiba je buat Happy hour. Aku Happy hour ni tak main la kakakaka padahal duit dah yellekk. Cis.



Baru teringat (cici as always), Nak pergi ke Pratunam Market dia kena seberang jalan yang sesak ya amaat. So hati hati okay! and happy Shopping! Jangan lupa tawar sampai dapat harga yang korang nak. Tau!

Last sekali. Gambar penat nak mampos semua dah berminyak berlendiaq duit habis dalam teksi nak balik Rumah Abah. Nak dapat teksi pon susah. Berebut rebut dan mungkin Rumah Abah jauh dari tempat ni. Dorang tak familiar. But no worries, dapat gak teksi dan pulang dengan Selamat. :') Lagi satu tips, jangan lupa bawak maps hotel dengan tulisan Thailand. Tunjuk je dan nanti dorang hantar. Okay?


Malam nya kitorang decide makan dekat sekitar Udee je sebab dah tak larat nak pegi bandar. Nasib la sekitar Udee ada makanan halal.



Suck gila camera iPad ni. Masa ni tak beli lagi Handphone Power. Rasa rugi pulak balik baru beli. Ade hikmah tu. Mana tau aku beli handphone pastu termasuk dalam kari tu ke kan. okay ayat merapu sedapkan hati. Dua kali makan dekat Abu Ibrahim ni. Sedap dan biasa lah makanan halal memang Mahal sikit dekat negara non muslim macam ni. Tapi takpe. Tentang perut duit takde masalah punya. Yang penting Abu Ibrahim ni nampak je macam makanan arab. Tapi tak okaaaay dia macam macam ade. cakap je. Tomyam? Spagetti? Roti naan cheese. You choose.

Habis dah hari Ketiga. Seronok nya entry hari Ketiga ni. Dengan senang hati aku taip.
Selamat malam. Jumpa di hari keempat InsyaAllah kalau diizin Tuhan.

:)


Tips:

1. Rasa dan Beli lah buah tepi jalan. Beli lebih simpan dalam fridge hotel bawak balik Malaysia. Sebab kalau tak, kau akan menyesal macam aku. Murah dan fresh okayyy. Ok. Menyesal tak buat.
2. Tawar tawar dan menawar sampai kau puas sampai orang kedai setuju. Dorang mesti setuju punya. Lebih berhasil bila beli lebih dari dua. Okay?
3. Orang Bangkok ni sopan santun tapi dia macam tak layan Pelancong sangat. Sebab kitorang semua pakai tudung kut? Racist gila. Tapi peduli hape. Korang balas je balik dalam BM. Dorang tak paham. (The best thing at Bangkok, Takde manusia paham apa kau bualkan. Seronok!)



Al-Tammat.

 

2 ratus ribu komen:

SAKIT ATI PLAK AK TGK KO BANYAK JALAN NI..HAYUWAK,,...HAHAHA...UNTUNGLA..

-NAH SHARING IS CARING..
http://my.sharings.cc/yanayen123/share/Kotex1min

Hi, terjumpa blog ni masa tengah cari info tentang Bangkok. Nice blog :)

http://azyyatiliah.blogspot.com/2014/10/15-spring-in-victoria-2014-day-5-shrine.html

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds