Sunday, June 23, 2013

BANGKOK - Day 4 - Chatuchak Market



Hi.

Hari keempat kemain awal aku nak update ni. Kikikiki. Yelah kita mana nak tau ye tak. Kita merancang Allah yang menentukan. Wuuu. Merepekk.

Cargasss. Macam biasa pagi bangun Santap Roti dengan kopi abah bagi preeeee op cas lah sangat padahal dah masuk skali dalam bil bilik kut. Hari Keempat hari Sabtu. Hari yang dinanti nantikan untuk ke Bangkok ni. Sebab hari minggu je ade pasar terbesarrrr dekat Bangkok. Chatuchak Market! Mesti pergi kut sapa sapa pegi Bangkok ni. Chatuchak ni kena sebut dengan bunyi JATUJAK. Tapi kami peduli apa tetapppp jugak sebut Chatuchak. Kakakaka.

Dari rumah abah siap siap dah. Yang penting pakai baju yang selesa, serap peluh dan kasut pon kena seswaii. Sebab Market ni paling besar dan paling panas dan palingggg ramai orang! (saja nak bagi seram padahal market ni macam market biasa. Panas tu ye tapi takla sesat terok ke berlaga comolot dengan orang sebab ramai sangat ke apa ke kannnn.)


Nak ke Chatuchak? Senang. Teksiiii! HAHAHAHA. Tahan teksi je lah. Kami malas dah naik BTS. Tapi tahan sabar jugak nak tahan teksi dekat Bangkok ni. Ada yang tak paham apa kita nak/destinasi kita nak pergi dengan ada yang taknak ambik kita. Takpe. Usaha tangga kejayaan. Banyakkkkk kot teksi. warna warni pulak. pilih je mana mana mesti ada yang nak hantar ke destinasi kita nak pegi.


Pagi Sabtu Bangkok. Macam biasa. Sesakk. Tapi pemandu dorang behave je. Takde pulak dengar bunyi hon merata rata. 





Sampai dah. Ni je gambar yang ada. Yang lain? Simpan dalam kepala :') Sory lah kami kalau dah nampak kedai kedai kedaiiiiiii memang lupa dah macam mana nak guna Camera. Kakakaka. Chatuchak ni besaaaaaaar dan Setiap sabtu ahad je dia bukak. Weekend Market paling Unik dan Special lah orang kata. Maps dia sila google sendiri. Usaha sikit. Semua benda nak suap ni. Hmmmm. Google je Chatuchak Weekend market macam macam gambar ada. Semuaaaaa benda ada jual dekat sini. Baju, aksesori, beg, sevenier eh macam macam lah.

Tapi yang gelabah nya aku sampai sampai dah mencangkung dekat gate depan pilih casing iPhone. 8 RINGGIT MALAYSIA WOI NANGIS AA KALAU TAK BELI. LAPAN RINGGIT HOKEYYYY tu pon aku mintak tawar lagi dia tak bagi. Kakakaka. Tapi kalau dah 8 ringgit limited aa. Cantek tu cantek tapi urm boleh lah kannnnnn. Rasa macam nak pergi lagi sana borong bagi habis pastu up 25RM jual kat Malaysia. Wuuuu. Kaya teghok la.




Lunch! Banyak orang cerita pasal Saman Islam ni. Dihidangkan makanan Halal. Masa kami datang tu memang waktu makan lunch memang ramai. Tapi masih ada tempat untuk kami bersantapp. Macam macam ada. Briyani ada tapi aku pilih Meehun Seafood Tomyam dengan Air Kelapa. Berapa Total? 250baht dalam 25Ringgit jugak la. Nak nangis jugak bayar tapi bila ada seekor udang besar dengan ketam tak jadi air mata nak mengalir. Wuuuu. Biasa makanan halal memang mahal okay. Be noted. Wuhuuuu.

Dia dekat dengan menara jam ni. Menara jam ni macam landmark la. Kalau sesat ke apa ke carik lah menara ni. Tapi alhamdulillah kami tak sesat cuma terpisah dua dua je. Wuuu haru gak masa tu tapi Shopping tetap shopping. Siapa kata dah masuk market ni nampak terus beli takleh patah balik nanti tak jumpa dah kedai tu. Sapaaa kataaa. Sapaaaa. Ahli regulars rilek je ulang dua tiga kali kedai sama. Takde hal. HAHAHA.



Ni! Must Try! Coconut aiskrim tak dapat nih kat Malaysiaaaa ni. Mahal sikit 20baht rasa nya (tak ingat. kakakak) Beli satu tempurung dengan tambahan beberapa Topping. Kami beli satu je nak rasa je sebenarnya rupa nya sedap hangak okaaaay! pilih nata de coco as toping dan ada parutan kelapa disitu serta dapat air kelapa asli free as a refreshment. Dededappppp nya!

Kami tak lama pon dekat sini. dalam pukul 3 tu dah nak pulang ke Udee dah. Masa ni aku dengan Aida dah terpisah dengan Ezy dan Shezz. Dalam kepala dah ingat dah pusing lagi sejam kalau tak jumpa kita balik je. Jumpa lah nanti dekat Hotel kan. Tapi jodoh tu kuat orang kata. Kami jumpa jugak depan gate Chatuchakk. Wuuuu. Lepas tu terus naik teksi balik Udee. Tak larat sangat dengan hasil yang banyak. Maaf takde gambar langsung dalam Market ke barang hasil tangkapan. Tak larat dah nak on Camera.

Bagi aku, personally Chatuchak is a place must go la jugak tapi maybe sebab malam before tu kami dah ke Khao Sand Road tempat yang lagi happening, Shopping malls then kami rasa Chatuchak ni okay la. Sebenarnya semua market dekat Bangkok ni sama je. Barang jualan dia sama. Harga dia pon sama cuma kena pandai tawar menawar lah kan.


Tak habis lagi entry ni. Sabar ye Tuan Tuan Puan Puan.


Malam nya kami ke Ratchada Night Market. Ni pon Must go hokaaaay. Abah yang suggest and we laikkkkk it bery much! Macam mana nak ke sana? Haaaa macam biasa. Abah tulis tulisan Thailand atas kertas, Tahan teksi, Tunjuk kertas abah tulis dan tadaaaaaaa! Sampai. Senang macam ABC123.


Ratchada ni macam Pasar Karat tapi memang rare ni. Semuaaa benda vintage rare okayyy! 
Nahh tatap lah gambar pepuas.















Casing iPhone. Cantekkkk tapi harga bukan 8 ringgit :( cuma murah lagi lah dari Malaysia.











Dan yaaaaa! Ada makanan halal. Cucuk cucuk ni harga standard. Sebatang 10bath(1RM) dan ada yang 25bath ke 30bath depends pada bentuk dan kebesaran setiap batang. Kikikiki. Sedap kot ni. Ni kalau bukak kat Malaysia ni mau beratur orang beli ni. Mana ada orang kat Malaysia ni bakar cucuk cucuk? Semua goreng. Boringgg.




Tu anjing real okay. Behave je tidur pakai aksesori macam tu. cuba kat Malaysia. Dah bertempek lari kejar orang. Aku lah manusia pertama lari tak jejak tanah. Haha.






Habes dah. Dekat ratchada ni kitorang sampai dari petang sampai kemalam. Depan tu bahagian vintage vintage. Dalam sikit tempat orang jual barang. Haihhh. Kalau lah duit banyak aku dah bawak balik dah sofa kulit kat atas tu. antek angat! Tak rugi pergi sini sebab takde dekat Malaysia tempat happening macam ni. Dan murah murah semua nya. Barang barang boleh dapat dalam 20rm macam tu je. Kenapa Malaysia takde tempat macam ni? I is sad.


Malas nak bagi tips bolehhhh? Kikikiki. Dah tahu dah macam mana nak update blog dengan kadar yang cepat. Resize gambar dekat komputer. Upload ke blog pastu sambung taip guna iPad ni. Hah. Sapaaa kata iPad aku takdak gunaaa? ipad ni lah yang pertemukan saya dengan awak. :') (awak tahu awak siapa. Wuuu) cehcehcehceh.

Hutang lagi tiga hari. Lamaaa sangat menetap dekat Bangkok. Kena habiskan cecepat lepas ni nak up cerita kawan kawan kawen dengan percutian next year!


Bye.


2 ratus ribu komen:

oh my!! comelnya kasut baby tuuuuu!! :) haha.

Hi,

Where is Ratchada Market and how to go? Thanks!

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds