Thursday, August 13, 2015

MEMORIES: The Mini Pelamin Project.

almost 3 bulan dah baru nak start me'review' balik, gaiss sory im too busy. >.<


Okay kite start review dengan "Pelamin mini acah acah grand" gituuu. Nak start review pasal dulang hantaran tapi macam panjang sangat pulak. Tu kite hold dulu eh. hihi.

Memang nak diy je pelamin ni since kalau nak sewa adalah mahal dan tak berbaloi. Kite buat sesimple je. Sesimple dan semurah yang boleh.

First kena tau kite nak tema apa. As for me memang terfikir nak guna kerusi kayu kat rumah ni je. Just tambah backdrop yang simple. Keyword kite dalam entry ni adalah simple ok? hiks.

Google punya google backdrop tersuka pulak dekat backdrop yang guna feather.

Bahan bahan yang aku guna pon tak banyak,
1. 2 bungkus turkey feather (2x8.99)

    * 2 bungkus just nice. Nasib ruang memang kecik kalau tak kena beli 3 atau 4 bungkus nak nampak penuh. Ni beli dekat Spotlight IPC.


2. besi penyangkut langsir ikea (1x4.90)
    *Payah nau nak suruh tunang ambik buluh la bagai last2 dia syorkan beli ready made je. Hmmm cengkelat! haha.



3. Langsir kain net ikea (1x11.90)
    *ni pon secara tak sengaja nampak kat ikea. Rembat je sebab murah lagi pon tanpa langsir tak meriah la ye dak.

4. Shawl putih ibu :') (FOC)
    *Tengah setup2 feather dengan langsir tetiba ibu bagi shawl dia masa dia memuda dulu. Dia kata kosong sangat tambah bagi penuh sikit. Pastu gigih dia jahitkan 2 shawl tu gabung kan jadi panjang. :')

Langsir net belah kiri, shawl ibu belah kanan. hiks.

5. Kerusi kayu rumah punya (FOC)
    *Ni malas lah nak elaborate. >.<

6. Bantal 2 biji (2x29.90)
    *yang mahal tu bantal je. Penat carik bantal warna putih tapi tak jumpa jumpa last last nampak bantal warna cream. Tapi dah sampai cashier baru tau harga nya mahal -.-

Kerusi kayu dan bantal ituuu. Patut bantal warna putih. Tapi tak jumpa :(


7. Tali sangkut feather
    *tak nice la guna tali rafia kannn (camtu ke eja tali rafia? kahkah). Beli la ni atleast nampak semenggah walaupun murah. Ni tali sebenarnya benang untuk jahit kait kait tu je. Ni beli dekat Spotlight IPC jugak.



 Nasib ada abang terer menggerudi. Jimat! hiks.


 Setelah pasang rod dengan langsir net.


 Setelah menggantung bulu bulu. Penat hoihhh masa ni naik turun kerusi. Kurus kejap.


 After siap. 
Letak jugak manik manis balance buat hantaran. Sebab bulu bulu tu macam ringan sangat pulak. 
-___- 
habis berterbangan kalau bukak kipas.


ececeh pandangan dari dalam cermin. Bilik ni best sebab ada meja solek besoooor. 
Buah tu salah satu hantaran. Katil tak muat nak letak semua. Bunga tu auntie bunga tangan tu bagi free. Rezeki ye dak. :)


hihihihihihih. 


Bab bantal mahal tu aku sedapkan hati je lah atleast lepas ni boleh guna buat tido ye dak.


Close up. 
Ni pon after dah seminggu. Bulu bulu semua dah kembang. HAHAHAHAHA. Punya lah taknak bukak backdrops ni. Sayang woo. Cantek khenn. Ke cantek kat mata aku je? KAH!



So total semua less than RM100.00. Achievement unlocked! sebab dah survey semua yang sewa mini pelamin. Semua mesti 400 and above *Pengsan*. Murah pon cantik kan? hiks.


okay done!
Till then guysssss!


2 ratus ribu komen:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds